kuantan
24hb sept jam 0300
dalam keadaan mamai ,aku gagahkan diri start motor kemudian pergi ke puduraya dgn harapan ada bas bertolak ke kuantan tp hampa sbb abg2 ulat tiket kabor hanya kul 6.30 baru kaunter buka.
lebih kurang jamm 0400 aku singgah bb ... sah bdk2 ni melepak lg haha . jd ade la kwn dan peneman sementara nak menunggu kul 6-7 pg nnt.
sebelum itu , motif penceritaan ke kuantan ini hanyalah utk menziarah seorang makcik yg sakit dan alang2 jmpa jap geng2 (distro) belah sana .
berbalik pada cerita td , pkul 0700 .. member pun hantar ke pudu dan motor aku parking dkt bb sbb takut hilang. penyamun sekarang tak kira apa pun..asal boleh boleh sapu depa sapu je. pudu black area , byk kes kecurian ni. so sediakan payung sebelum hujan.. pagi tu mmg hujan pun. nasib baik ada sweater hitam tebal .. ala2 antifa aku . all black.
sampai je pudu , byk kaunter tutup sbb ramai driver ambil cuti raya haji.
tiket paling awal ke kuantan pun jam 1500 . fuhh... jenuh nak nunggu .
atas inisiatif sendiri , pkul 0800 aku nekad naik LRT dr stesen plaza rakyat menuju ke titiwangsa dgn harapan ada bas ke kuantan seawal mungkin dan akhirnya alhamdulillah aku dpt beli tiket bas bertolak jam 0820. aku dpt seat blakang skali , aku terfikir tiket aku adalah tiket last kot hihi .
semasa dlm bas aku mula dah ngantok sbb kene aircond tp cik abg lembut kat sebelah mula bertegur sapa dan senyum kat aku. aku pun senyum balik. rupanya ,cik abg lembut pergi berdua ke kuantan . rakannya duduk di hadapan aku.
cik abg lembut pun memulakan perbualannya kpd aku :
hai pergi kuantan ker?
"tak . pergi italy"(sambil membelek hp)
eee.. kita tanya elok2 dia main2.
"hehe x la gurau je. sy pergi kuantan .ada hal skit"
ooo lama tak pergi kuantan?
"tak , balik mlm nnt insyallah" (dalam hati dah mula takut)
btw nama sy zie (sambil hulur tangan nak besalam)
"ooo sy ziela" (hahahaha aku pun salam ala2 gitu je)
dan bila aku tergelak sorg2 , rakan kepada cik abg lembut dihadapan ni menoleh kebelakang dengan renungan sinis ,tajam menusuk kalbu.
maka perbualan kami td menjadi krik krik krikk... hahaha if u know what i mean.
bermula dr tol gombak lebih kurang 0830 aku dah zzzzzzzzzz. kemudian terjaga jam 1100 bila da smpai tol gambang. 2jam setengah kl ke kuantan?? , dalam hati terdetik "lajunya driver bawa bas ni". mesti hairan kan? driver F1 ker apa?
tp sbnrnya bukan perkara ini yg menghairankan aku
yg menghairankan aku ialah... bila terjaga aku lihat cik abg lembut td dah duduk dihadapan manakala rakannya duduk disebelah aku sambil melemparkan senyuman penuh makna bila melihat gelagat aku terjaga.
ok yg ni aku nak gelak besar tp aku tahan sbb xnak kecoh2 dlm bas hahaahah lawak gila bila ingat balik.
sampai je terminal , 4 org kawan dah tggu . respek gila kat dorang ..siap semua berbaju melayu. kiterorg pun pergi distro , aku rehatkan badan sambil .. pasang lagu2 punk full volume .tiada siapa nak marah haha..
lepastu aku mandi dan perkara paling aku tersentuh ialah makan meggi ramai2. bkn kerana meggi tp nilai persahabatan yg tggi
"ni je kim yg ade" .. allah segannya aku bila dorg kabor gitu. aku pun jawap 'eh xpe, dpt meggi pun da besyukur'
btw , distro ni ialah tmpt perjmpaan tukar2 idea , print baju , tmpt lepak , rumah dan studio..
kemudian , kira2 jam 1310. aku pun ajak ahem temankan ke KPJ kubang buaya. aku pun start moto, aku bawa sbb aku yakin aku akan bwk motor slow haha. rupanya lokasi distro dan KPJ dkt sgt. hanya 5 minit perjalanan. sesampainya disana, perkara pertama ialah cari toilet. bkn nak buang air tp nak tgk cermin kemas ke atau tidak ? hahaha org lelaki mesti akan buat ...
kemudian baru la naik tgkt 2 wad no 10.
setibanya dimuka pintu , pakcik menyahut salam yg sy berikan . pakcik cuba senyum ..tp sy dpt rasakan senyuman itu senyuman yg "agak kepenatan" kerana menjaga makcik. pakcik nampak keletihan , mgkin kurang tidur tp aku tidak mahu menanyakan soalan2 yg sensitif. aku melangkah masuk diekori ahem.
makcik pula baru selesai makan. aku senyum , makcik pun senyum.. dalam senyuman makcik nampak yg dia menahan kesakitan . kami semua berbual tanyakan khabar .. betukar2 soalan dan saling bertanya apa berita sejak bertemu masa raya tempoh hari .
rupanya makcik dah mula menahan sakit sejak 3,4 minggu lepas .
dan skrg alhamdulillah makcik dlm pemulihan cuma doc kata mgkin masa. apa2 pun aku berdoa dalam hati supaya allah sembuhkan makcik.
ku lihat wajah pakcik, ku dpt rasakan beliau sgt kuat hadapi dugaan menjaga isteri yg sedang sakit.
ketika isterinya sakit ,dia berada disisinya
ku lihat mereka sangat romantik , seolah2 baru berkahwin
seolah2 baru berumahtangga
bercakap pun perlahan , nada suara yg lembut
disambut dgn senyuman dr pakcik.berlari2 anak pakcik bila makcik meminta sesuatu.
aku tersenyum sendiri.. ku lihat ahem muka suram ,mgkin dia terfikir sama mcm aku.
disini aku dapat pengajaran
bercinta selepas kahwin dan bercinta sebelum kahwin
bkn hanya duduk serumah,
bkn hanya bermanja2 dgn isteri
bkn hanya tuntutan nafsu
bkn hanya suami kena kerja dan isteri pula kena buat kerja dapur
bkn hanya siapa patut berkuasa (isteri atau suami)
TAPI kerana harga nilai sebuah kasih dan sayang pasangan itu.
susah senang mereka bersama2 membesarkan ramai anak dan saling membantu meringankan bebanan pasangan mereka.
allahuuakhbar. hendak menitis airmata melihat makcik dan pakcik
tp aku tahan...
fikiran ku terus melayang kepada dua perkara
1. bagaimana pula mak dan ayah aku ketika membesarkan kami 6 beradik sehingga masing2 dah berjaya dalam hidup..sesungguhnya pengorbanan mak dan ayah aku tiada tolok bandingnya.aku rindukan mereka. aku rindukan semua adik beradik dan mak ayah aku bersama semula 1hari nnt.
2. aku tiba2 teringat ketika aku betarung nyawa kena denggi pada januari 2014 di KPJ damansara. masa itu allah nak tunjuk siapa diri sebenar org yg aku syg tu? seminggu aku berseorangan , dia lgsung tidak melawat .lgsung tidak bertanya kabar, hanya perbualan biasa2 shj.aku tidak mengsyaki apa2 sehinggalah apa yg aku dapati selepas aku keluar wad??? .. subhanallah hanya allah tahu jawapannya. biar lah menjadi pengajaran kepada diri aku dan masa itu hati aku hancur sgt. allah dah tunjuk bagaimana perangai sipolan masa itu tp aku masih bodoh , jahil dan bengap kerana terima dia lg.
berbalik pd cerita dlm wad td, makcik menahan sakit setelah disapukan ubat oleh pakcik. tak lama kemudian , makcik lega dan kami berbual sehingga la makcik bertanya kpd pakcik "bdk2 tu dah smpai mana bang? katanya dah nak sampai"
pakcik jawap kejap lg dalam kul 2 nnt sampai la. dkt dah dorg ckp tadi.
aku dah gemuruh , dalam hati berkata ' wina nak dtg? dia takde pula beritahu ' ku lihat jam dah 1340 . 25minit aku disini, lg lama aku disini nnt maka aku akan jmpa semua ahli keluarga dan mungkin buatkan mereka tidak selesa. aku kene jaga hati semua org, jd aku fikir baik cabut dulu hihihi.
aku meminta diri dan memberi sedikit kata semangat kepada makcik. ku katakan pada pakcik , "sy minta diri dulu , makcik mungkin nak berehat . insyallah malam nnt sy dtg lagi" . makcik dan pakcik bersetuju..
dan sesampainya dipintu lif tiba2 airmata aku jatuh. ahem duk tgk je.. aku cover cpt2. kami pun beredar ke distro semula.
sesampainya ke distro , kami berbual pjg , bertukar2 pdpt hal scene punk kuantan dan kl , pasang lagu jiwang, punk dan lain2 .. tgk video rappers tp paling menarik dkt distro ku lihat ada sejadah , kain pelikat disusun kemas didalam sebuah bilik khas yg agak bersih. my respect kpd scene punk kuantan. mereka tidak lupa kewajipan sbg hambanya...
aku tertido kerana keletihan berjalan jauh. kul 1800 aku terjaga kemudian spt biasa ahem temankan aku makan dan pusing2 bandar kuantan.teringat masa 2013 awayday icf lads kesini hihi..
sebelum maghrib kami balik ke distro .rutin mcm biasa berbual, dgr lagu , tukar pdpt , borak2 hal scene. sehinggala aku perasan jam menunjukkan kul 2100. mereka semua ajak aku melepak amik angin kat teluk cempedak tp aku putuskan utk pergi ke KPJ dulu kemudian nnt aku menyusul disana dgn ahem.
2115, aku dgn ahem sampai utk kali ke2 di KPJ kubang buaya.
aku tercegat dpn pintu wad hampir 5minit sbb takut nak masuk sbb wina kabor family dia still ade.
last masa nak ketuk pintu tiba2 dik dayana nak kluar. masing2 terkejut beruk hahaha.. aku pun bg salam dah kulihat pakcik makcik sedang tidur. cpt2 dayana kejutkan pakcik, aku rasa serba salah kerana seperti mengganggu mereka . pakcik kelihatan mamai tp gagahkan diri berbual dgn aku.makcik tersenyum melihat kedatangan aku. aku pun balas senyuman makcik dgn mesra . ku lihat adik dan kakak wina tekun tgk tv , ahem pula tggu dibawah. mungkin sekitar 10-15minit perbualan kami, aku pun ambil keputusan meminta diri. mgkin makcik perlu berehat dan keluarga perlu privasi. aku hormati sbb sbg org luar , aku kena memahami situasi ini .
selepas beredar , lebih kurang jam 2200 aku dgn ahem pergi ke teluk cempedak konon2 nak amik udara padahal kuantan jerebu hahaha.
sampai disana, kwn2 dah tggu. kuhiburkan mereka dgn petikan2 gitar lunak jiwa ditemani angin pantai, desiran ombak , unggun api, air A&W sebotol dan rokok u2 sekotak cewaah hahaha
kami berhibur dan berbual sementara menunggu bas aku utk pulang ke kl jam 0100.
begitulah kesudahannya ceritanya
aku ingat nak hbskan cerita ini disini tp disebabkan aku ni paranoid skit..
so aku nak tambah skit lg.
mungkin ada yg akan bertanya mengapa aku sanggup datang dr jauh melawat makcik yg baru sekali aku jumpa?
sbnrnya selepas beraya dkt bentong aidilfitri baru2, ni aku dah berjanji utk berjumpa sekali lagi pada 24sept(raya qurban) dgn pakcik makcik dgn niat nak melakukan dan merayakan ibadah qurban sama2 serta meluahkan sesuatu perkara ttg wina . tp allah belum izinkan aku meluahkan perkara tersebut kerana makcik tiba2 jatuh sakit dan aku kena hormati perasaan keluarga wina .maka aku kena simpan dulu hajat tu dulu. lgpun alang2 aku dah amik cuti utk raya qurban ... hehe
dan sejujurnya juga aku berterus terang , aku berusaha mahu menjadikan family wina part of my family juga. mungkin agak keterlaluan cara aku mahu mendekati keluarganya. tp ini adalah usaha kepada arah kebaikan.sbb aku pernah diberitahu
"nak menyintai seseorg ,ko kena bercinta dgn seluruh keluarganya"
bukan mahu membodek , berpura2 simpati , berlakon wayang konon2 baik di hadapan family wina...TIDAK!
kerana dr awal ketika aku menjejak kaki naik bas ke kuantan, aku berniat dan berdoa kepada allah swt bahawasanya NIAT aku mahu menziarah
makcik yg tak sihat. ku berdoa kpd kepada allah swt moga niat jgn tersasar kepada perkara2 fitnah dan perkara tidak baik spt yg disebutkan diatas. ku luruskan hati.. ku kotakan janji niatku dan aku tak mahu mengambil apa2 kesempatan .NIAT HATI ITU PENTING.
allhamdulillah. selamat perjalananku pergi dan balik walaupun bas bawak laju belumba2 mcm F1 .
kl kuantan 2 1/2jam
kuantan kl 3 jam..
gila mmg gila...
papepun alhamdulillah selamat sampai.
sekian ceritera kisah perjalanan ke kuantan 24sept 2015