Sabtu, 5 September 2015

waktu untuk bertenang

kedengaran angin membuai lena
cengkerik mengalunkan irama
cahaya bulan penambat hati yg lara

mungkin tiada lagi
lirikan perkataan manja
mungkin tiada lagi
petikan gitar alunan irama utk diberi
mungkin tiada lagi
senda gurau gelak tawa
mungkin tiada lg
usik mengusik pengubat lara

dulunya saling menasihati
disulami gurauan hati
buatku senyum seorg diri
namun malam ini
bermula sebuah lg episod
yang bakal menyajikan kesudahan sama
seperti sebelum2 nya
kerana lemas dibelenggu
rasa tidak berkeyakinan
dalam meneruskan hajat itu

banyak hati perlu dijaga
sehingga ku relakan hati ni terbiar luka
andai sang wali berkata
kami tidak menerima
gundahku bakal menjelma
malamku bakal termenung bersendirian
kerana niat tidak dipenuhi
namun redha ialah asas perkara
tidak menyalahkan sesiapa
berlapang dada
kerana ini waktu utk bertenang
dan malu utk mencuba sekali lagi

duhai hati
berehat la.?
cukup la ?
berhenti la?
kunci pintu itu?
masihkah berharap lagi?
masihkah mahu terluka lagi?
knp masih berbolak balik?

walau kau sudah terbiasa.
tidur la sementara mungkin
nanti , bila kau sudah bersedia
bangun la dr kekecewaan
ubati dengan zikrullah
kerana seringkali
kau lupa bahawa kau milik allah
kerana allah mengetahui segenap penjuru kejadian mahkluknya

duhai hati
andai niat baikmu ditolak dgn cara baik
azam meneruskan hidup harus tetap ada.
allah menjanjikan yg terbaik bagi hambanya.
hanya perlu bersabar dan terus mengorak langkah.
andai langkah menemui dua jalan yg tak pasti
istiqarah la ..
untuk menentukan jalan mana harus kau tujui.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan