Isnin, 14 Disember 2015

Semoga terus tabah bersama

menyanjung tinggi budi pekertimu
juga hiasan terindah dihati
yg senantiasa singgah dijiwa
melengkapi setiap saat bersama
walaupun hanya dialam maya

walaupun jauh
namun terasa dekat dihati
walaupun hanya sekali bersua
namun hati umpama magnet dan besi
entah apa buatkan diri tak keruan
hati juga kadang gundah
adakah ini cinta?

cinta tidak dapat ditafsirkan dengan kata kata
cinta dari jiwa dan hati berkata cinta
 iya.. SAYA SUDAH JATUH CINTA
namun x mampu meluahkan
mungkin belum masanya

terkadang ...
walaupun caramu seperti endah tak endah
sebenarnya mendidik baran supaya surut.
tidak mengapa jika seringkali seolah ditepis .
kerana keunikan yg ada padamu
menjadi tarikan kepada diri

bukan gila kerana cinta
tapi cinta itu adalah fitrah manusia

saat tidak dapat kulelapkan mata
hati beralun ombak penuh gelora
sabar menjadi kunci ketenangan
dalam menjalani sehingga tempoh syawal

firasat berkata

" akan ada lagi dugaan besar menanti dihadapan "

apakah ia ..saya sendiri tidak tahu.
tapi ianya ada.
bersedia awk, saya dan kita?
kerana bukankah kita selayaknya diuji dengan dugaan yang boleh kita hadapi?
yaa insyallah. boleh dengan izinNYA

dalam keadaan begini juga
saya sedari diri ini masih bergelar ajnabi
yg perlu dijarakkan

perlakukan apa pun..
diri ini tetap belajar erti kesabaran
kerana sabar itu iman.

jangan biarkan emosi menguasai diri
kerana terkadang pabila terlalu letih membanting tulang.
kubiarkan saja apa kehendakmu...
aku sentiasa 'tersenyum melihat celotehmu'
kerana itu mampu menghiburkanku

tidak mengapa , diri ini sudah terbiasa
hanya mahu beserah kepada allah swt

maaf jika sepanjang tempoh ini sy kelihatan seperti tidak sempurna
namun sy percaya allah maha mengetahui disetiap gerak geri hati kita..


kamu adalah kediaman indah hati ini
kerana kamu juga membuatkan rasa rindu ini memburu setiap waktu


semoga tabah terus bersama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan