bulan
dimalam cuaca langit terang
kau menampakkan keindahan
menerangi
walau tampak kesamaran
begitu setianya kau
menemani malam sang perindu
hingga ke fajar terbit
terkadang kau masih disitu.
adakala kau menghilang
kerana awan mencemburui
kau dicipta begitu sempura
hingga bila kau terbelah dua
maka ia adalah mesej kepada pengakhiran dunia
fenomenamu mampu mempengaruhi
kejadian air pasang luarbiasa
fenomenamu juga
mampu mempengaruhi jiwa lara.
malam ini kau menemani ku
dibelakang mu seribu bintang
bekerlip indah.
indah ciptaan allah
kerana mampu buatku tersenyum
Jika dia juga memerhatikanmu
Sampaikan salam ku kepadanya .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan