Isnin, 2 November 2015
bersabar wahai serikandi hati
kepada sang bidadari yg sedang menanti
nukilan ini khas buatmu
saya berharap awak disana bersabar
kerana saya sedang berusaha sebaik mungkin
serta diiringi doa-doa kita
selama tempoh penantian ini , bersedialah
kerana allah akan menguji kita dengan pelbagai ujian
allah sayangkan kita dan allah mahu kita selalu mengingatiNYA
bulan syawal dipilih kerana ia adalah simbolik kepada hari kemenangan selepas sebulan kita menjalani ujian2 allah.
syukur kepada allah kerana membuka hati kita untuk saling menerima.
mungkin hati awak juga gundah seperti saya.
yang tidak sabar menantikan detik bahagia
yang menyimpan seribu rasa
yang menahan gelojak jiwa
yang menahan rasa rindu
ubati dengan zikir.
9bulan penantian . penuhkan dengan pengisian ibadah, kerohanian diri, dekatkan diri kepada allah swt maka allah swt dekatkan kita seterusnya menyatukan kita inshallah. yakin dan berdoa banyak2. sesungguhnya allah itu maha penyayang kepada hamba2nya.
kita mohon redha allah dan redha mak ayah.
saling mengingatkan dan saling memberi dorongan
kerana kita umpama bulan dan matahari yang saling melengkapi siang dan malam .jika tiada salah satunya maka tak terlengkap pusingan paksinya.
diri ini saya "kuncikan" terlebih dahulu
dari menahan sebuah kata kata cinta, perasaan cinta dan luahan cinta kepada diri awak kerana sedar cinta kepada allah itu lebih agung.
hanya masa akan memberi jawapan maka terluah segala apa isi dihati.
andai bersesuaian dengan masa,tempat dan keadaannya
maka akan terluah juga kata kata cinta ini.
senyumlah selalu, jangan dirunsingkan kotak fikiran awak.
doakan saya yg baik2 , semoga segala usaha saya dipermudahkan.
hanya untuk awk.
serikandi hati
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan