dia dilahirkan dan dibesarkan serba kekurangan dunia
tetapi diberikan sepenuh kasih sayang oleh keluarga
dia dahulunya nakal sewaktu membesar remaja
namun tetap disuntik dengan ilmu2 agama.
terkadang dia lalai nasihat akan keluarganya.
dia banyak terpengaruh cara budaya
pabila tamat zaman persekolahannya
lagi dia memberontak , kononnya mahu bebas dan berdikari
sehingga terleka saat mula2 mengenal dosa
dan ketika saat-saat mulai mengenal dosa itulah
dia semakin seronok..
ditambah acuan pelbagai latar belakang sekelilingnya yg bermasalah
terasa dunia ini dia yang punya.
dia semakin lupa kepada maha pencipta
dia lalai , dia alpa walaupun dinasihati keluarga
dia mengabaikan sahaja
kerana hatinya begitu keras dan menyimpang dari jalan2 allah.
sehingga suatu hari .
allah murka
allah tarik nikmat yg ada padanya.
org yg pernah dia sayang dan cintai lebih dari segalanya telah pergi menghadap penciptanya
dengan sekelip mata allah mengkehendaki ,
kun fa ya kun..
maka tinggal la dia dimuka bumi ini bersama seorang puteranya.
dia menyesali perbuatannya kerana menyintai sesuatu lebih daripada menyintai allah swt. kerana pada masa itu
dia menyintai dosa
dia menyintai dunia
dia menyintai hal2 yg tidak diletakkan kepada nama allah terlebih dahulu.
dia sama sekali 'buta' dan 'pekak'
tidak melihat kebaikan apatah lagi mendengar sesuatu yg baik.
namun ,oleh kerana allah itu ada sifat mengasihi hambanya
maha penyayang, maha pemurah dan maha mengetahui perjalanan seisi alam...
maka dikirimkan , dipertemukan dia dgn seseorang yg solehah.
ciri2 org itu seperti namanya juga .
permulaannya dia menyedari bahawa pertemuan dgn org itu akan membawanya lebih kearah kebaikan.
tapi dia masih lalai
masih terleka
masih menyintai dunia
masih menyintai sesuatu yg bukan hak mutlaknya
masih mengejar keenakkan nafsu
masih alpa dan seronok dgn dosa2.
dan paling menyedihkan dia masih menyintai sesuatu didunia ini lebih drpd dia menyintai allah atau langsung tidak mengingati dan mensyukuri nikmat allah.
maka takdir allah berlaku sekali lagi.
sama kisahnya cuma agak berlainan versi
allah tarik sekali lagi nikmatNYA
dan dia kembali sama seperti sebelumnya
masa itu la dia
baru nak beli kopiah
baru nak cari sejadah
baru nak buka al quran yg dah berhabuk
tasbih pula dah keras utk dititipkan dijari jemari seolah2 tasbih pun merajuk kerana lama tak disentuh.
baru nak tanya ustaz sana sini
baru nak tayang muka dkt qariah2 masjid..
hinggakan tak perasan ada surau 200meter dr rumah sedangkan dah duduk 2 tahun area tu
astagfirullah ,subhanallah :((
sudah terngadah baru menyesali diri
allah mahu 'melihat' sejauh mana dia menyintai sesuatu itu lebih dari allah atau pun tidak.
untuk kesekian kalinya
allah menguji lagi
dipertemukan seseorg
dia menganggap seseorg itu sebagai 'haura al-maqsurah'
bidadari yang terpelihara. bukankah bidadari syurga itu lebih cantik dari seribu bulan?
hampir dia terjemurus dan hampir 'kalah' berperang dengan hatinya sendiri kerana dia hampir2 tidak mengutamakan allah. andai dia leka ujian allah maka kesedihan akan menimpa dirinya.
kerana
allah mahu melihat sejauh mana dia mengutamakan allah didalam setiap tindak tanduk perkara yg dia lakukan dalam rutin hariannya lebih2 lagi dalam soal hati.
allah mahu melihat dan menguji lagi bahawasanya :
# adakah dia menyintai manusia kerana dunia atau menyintai seseorg manusia kerana jalan allah?
# adakah dia akan bersedih , berontak mcm org gila atau meroyan jika seseorg itu 'dijauhkan' ?
dan bila dia mengambil keputusan
# redha akan takdir kerana allah
# merelakan kehendak allah
#menyerahkan sang hati dan segala2nya kepada allah
itulah tanda kemenangan yang sebenar2nya dan itulah kebahagiaan yg hakiki kerana dia yakin dia akan bahagia kerana adanya allah , bukannya kerana manusia.
alhamdulillah.
kali ini dia sedar dan serahkan bulat2 urusan dunia kepada allah.
dia hanya melakonkan watak pementasan dunia dan menjalani kehidupan seperti hambaNYA . cuma segala keputusan hanya allah tentukan. dia perlu berdoa, usaha dan tawakkal.
dia redha
dia hanya mampu bersabar
jauh disudut hatinya,
dia yakin sepenuhnya allah akan beri jawapan setiap perkara yg dihajatkan dan masa akan membelah bicara.
doakan dia yang baik2.
aammiiinnnn
Tiada ulasan:
Catat Ulasan