Mencari kesufian abadi . Mencari jalan allah
Terlalu memeluk duniawi
Kau bakal ditinggalkan sendiri diruang sepi.
Andai akhirat dikejar
Akhirat datang memeluk diri.
Jangan berkata hidayah belum datang
Pergi cari...
perlahan-lahan , merangkak lagi
Itu tidak apa..daripada langsung tidak berusaha.
Diperlekeh
Dipandang sinis
Dipulaukan
Dihentak suara-suara sumbang
Itu tidak apa
Kerana sang empunya suara-suara ini
Bakal merangkak dikemudian hari meminta simpati mu
Maafkan sahaja suara itu
Tekadkan hati kepadaNYA
disetiap detik saat niatkan kerana allah
Dia maha penghapus dosa seisi bumi
Jika kau boleh membezakan warna hitam dan putih
Mengapa dan mengapa ..kau tidak dapat membezakan dosa dan pahala?
Sejarah lalu biar dalam lipatan memori
Kemas disimpan, disusun dan dipendamkan.
Mohon doa kepada allah dan diampunkan segala
Dosa besar dan kecil
wahai atiqurhakim bin nasarudin
Biar diuji
Biar dicaci
Biar masih merangkak lagi
Tekadkan
Kuatkan iman
Berubah itu mudah
Mempertahankan perubahan itu sedikit mencabar.
Ajarkan puteramu ilmu agama.
Didik dia sebaik namanya
Muhammad darwish = muhammad yang warak
Mendidiknya berseorangan tidak apa
Jika ada yang mahu melengkapi dan membantumu mendidiknya
Terima sahaja SERIKANDI itu
Jika tiada , tidak mengapa allah kan ada.
Biar berat bahu memikul kerana kau sudah terbiasa
Biar pernah rebah kerana dirimu masih ada kesungguhan
Biar kekuatan serta kecekalan mu sentiasa dalam genggaman
Bair dunia menyingkirmu tapi akhirat memelukmu
Dan
Biar hati berkata , niatkan semua kerana allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan