baru aku faham .
bila jiwa tak tenang , hati tak keruan
masalah demi masalah datang
dugaan bertalu2..
lepas satu...datang lg satu.
rupa2nya allah rindukan kita.
allah rindu mendengar rintihan kita berdoa kepadaNYA
baru aku faham
wudhu ,zikir, solat dan alquran la penawar paling mujarab bila hati tak tenang...
setelah puas mencari apa kaedah pendekatan
yg mustajab hanyalah perkara2 tersebut.
setakat "kata2 mutiara" dr media sosial
kononnya kata2 yg membina semangat..... itu masih tidak mencukupi.
tidak sempurna jika hanya membaca posting2 orang lain jika kita sendiri tak membelek apa yg sudah tertulis lebih 1400 tahun dahulu.
seperti petikan ayat sebelum ni
" hidayah takkan datang sendiri..
pergi cari ...tidak apa jika merangkak lagi"
baru aku faham apa itu dugaan.
dugaan itu sebenarnya "hadiah" dariNYA
"hadiah" yg menandakan ko kuat dan tabah harungi sebarang ujian.
"hadiah" yg dtg itu merupakan perjalanan yg ditulis.
maka harungi la "hadiah" itu penuh kesabaran.
didik hati dgn kesabaran. minda perlu sentiasa positif.
dan bila dah faham.
ada perkara penting perlu dilakukan iaitu bertahan dan menuju lagi baik.
yang ini mmg mencabar . moga dijauhkan perkara2 tak baik.
feedback dr kawan2 rapat byk yg positif. alhamdulillah..
cuma aku tak berani "menonjolkan diri secara terbuka dimedia sosial"
takut disalah erti.
takut dianggap alim taik kucing
takut dianggap insaf bermusim
takut dianggap belagak,ujub,riak dan sebagainya.
mana taknya... aku dulu terkenal dgn sifat2 dan perangai yg .....
(dot dot dot )
so, aku pendekatannya ialah biarlah perlahan2.
dan sekarang pula , baru aku fhm...
SESUATU yg aku cuba dapatkan tu mmg agak mencabar tp hasilnya nnt aku yakin ALLAH akan beri pertolongan sekelip mata.
pertolongan allah ialah pertolongan paling dekat sbnrnya.
dan apa pula "SESUATU" tu?
mungkin merujuk kepada orang atau seseorang haha
hanya perlu sabar , usaha , doa dan tawakal.
sabar....
bermakna aku kena sabar melayan kerenah2nya dan sekelilingnya.
mungkin agak memakan masa tp basic point is aku kena sabar.
usaha..
tanpa usaha , 'sesuatu' tu takkan dtg bergolek dpn mata.
berusaha mendapatkannya dalam apa jua rintangan.
doa...
ku sebut namanya dalam doa pada arah kebaikan .jgn mudah mengalah .jangan putus berdoa.allah saja maha mengetahui.
tawakkal ...
tang ni kene la beserah sepenuh kepada allah. bila sabar,usaha dan doa sudah dilakukan dan dilalui tp ketentuan allah mengatakan YA ATAU TIDAK maka terima sahajalah ketentuan itu.inshallah ada pengakhiran yg baik. kerana allah mengetahui kejadian seisi alam.
dan terakhir sekali,
BARU AKU FAHAM KENAPA DULU AKU TIDAK PERNAH FAHAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan