Isnin, 7 September 2015

.....

Sesungguhnya
yang mendatangkan rasa cinta ini,
rasa kagum ini,
yang memekarkan hati ini
adalah dari-Nya.

Sungguh pun aku cuba berahsia
aku tak mampu mengelak perasaan ini padamu.

kerana
Terpegun dalam keindahan akhlakmu.
Terpegun dalam manisnya lisanmu.
Terpegun dalam pandanganmu.
Dan terpegun pula dalam keikhlasan nasihatmu

Semua begitu sempurna, sungguh sempurna.
Aku yang mengagumimu dalam diam.
Utuh tak tersentuh pada mulanya
sejak dari mula lagi aku simpan dengan kemas
namun degilnya aku sehingga mengusik hatimu.
kerana itu aku meluahkan kepadamu

sebenarnya aku juga tahu
Cukup bila menyapamu dalam doa-doaku.
Cukuplah bagiku melihatmu bahagia dari jauh
Cukuplah bagiku menyebut namamu dalam hamparan sajadahku.
namun jari jemari ini tidak pandai menyimpan rahsia
dengan mengatakan aku sayangkan kamu
dan meluah segalanya kepada kamu.


mengagumi akhlak muliamu,
menjaga kehormatan
menjaga kemuliaan
Maka izinkan aku, mencintaimu dalamn keikhlasan
kerana aku tak pernah tau apakah engkau yang tercatat dalam lauful mahfudz untukku?
walaupun hakikatnya seperti tidak berbalas, tidak mengapa.


Jika memang engkau bukan tercatat untukku.
Jika memang engkau hanya hiasan duniaku yang sementara,
kan ku mohonkan dgn yakin bahawasanya Allah akan menghilangkan perasaan itu
Dia akan memberikan rasa yang lebih indah pada orang yang paling tepat kepada kita
Begitulah kuasa-Nya.
Begitulah Dzat yang membolak-balikan hati hamba-Nya.

“Ketika aku tak lagi berhubung denganmu,
maka fahamilah diriku ,kerana mungkin aku membawa diri jauh darimu walaupun suatu ketika aku pernah menulis tentangmu,bercerita denganmu dan menyapa namamu dalam tiap helaian doaku"


apa2 pun kupanjatkan doa,
aku masih belum mahu berputus asa
Biarlah aku degil kerana inilah diriku
Biarlah kuasa Allah yang menggerakan hatimu untukku.
Biarlah aku dakap rapat perasaan ini dulu
kerana sepatutnya aku kena rahsiakan hingga Allah mengizinkan pertemuan kita.
dan jika dimakbulkan doaku.
aku akan menjagamu sepanjang hayatku,
memuliakanmu sebaik mungkin,
dan memimpinmu kesyurga ,
kerana aku menyintaimu....
insyaALLAH.

aamiinnn..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan