Khamis, 22 Oktober 2015

kamu



kamu mengutuk,mengeji orang itu
sedangkan dalam doanya
dia tidak pernah putus mendoakan kebaikan kepada kamu
dia bukan meminta kepada allah supaya kamu kembali kepadanya
tp dia meminta dosa2 kamu diampunkan
dosa2 ibubapa kamu diampunkan
meminta supaya rezeki kamu dipermudahkan
meminta yg telah pergi agar diberikan darjat tinggi dikalangan org beriman , diluaskan kuburnya 70hasta dan diterangi cahaya khalimah
LAILAHAILLALLAH

kamu memandang sebelah mata orang itu
kerana pelajarannya tidak tinggi , tidak berharta
sedangkan dia pernah bermatian berjuang demi kamu
apa saja kamu mahukan
tidak pernah dia berkata TIDAK
malah dia akan usahakan
yang terbaik buat kamu.
dia berusaha sedaya upaya mungkin tp kamu tidak rela bertahan andainya dia berjaya suatu hari nnt, bukankah kejayaannya juga adalah perkongsian kamu?

kamu pandang negatif luarannya , dirinya dan rupanya
kerana tidak sekacak laki2 diluar sana
yang punya kulit cerah , mulus dan tampan
sedangkan dia redha itulah ketentuan allah terhadap sifat dan ciri fizikal yg diberikan kepadanya .
jika dia kacak,tampan,rupawan,beriman dan berharta
pasti bukan kamu orangnya dulu

dan kamu telah melukainya
hanya kerana dia tidak sesempurna atas kehendak kamu.
dia tidak mempunyai ciri2 lelaki yang kamu impikan
sedangkan tahukah kamu, dia bermatian berkorban masa , tenaga , wang ringgit dan berkorban hati demi menjaga hati kamu.
dia ditepis , dia jatuh bangun demi kamu

hari ini, dia sudah nampak jalannya
menerusi doanya yg meminta dia diberikan keteguhan hati dan iman.

hari ini , dia cekal membanting tulang demi masa depannya hasil dr petunjuk MAHA Pencipta

hari ini , dia lihat dugaan lalu adalah utk pedoman mendatang
kerana sikap kamu dulu menyedarkannya agar menundukkan pandangan mata.

hari ini , dia tidak membenci kamu bahkan dia berterima kasih kepada kamu kerana kamu lah yg membuat azamnya lebih kuat utk maju dunia akhirat.

jujur dia berterima kasih , dengan nada rendah hatinya berkata..

"penyesalan terhadap kamu adalah kunci kebangkitan semula"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan