Isnin, 21 September 2015

HAK menilai dan menghukum

Bila kita lihat balik semua benda yang berlaku disekeliling kita.
Kehidupan ajar kita satu perkara.

iaitu
Hak untuk menilai orang, bukan pada kita.
Sebab walau terang, depan depan macam mana pun seseorang tu buat kesalahan, buat dosa depan kita ,kita tak boleh terus hukum kata dia jahat.

Luar nampak dia buat benda jahat.
Hati dia?
Kita tak tahu.
Mungkin dia sendiri tak nak buat benda tu.
Mungkin dia sendiri tengah cuba
lawan nafsu sendiri.
Mungkin tiap tiap malam dia selalu berdoa pada Allah supaya ubah dia.
Kita semua pernah alami perkara ni.
Tahu benda tu Allah tak suka.
Tapi nafsu, susah nak kalahkan.
Sebab apa? sebab kita manusia, bukan malaikat.
Jahat mana pun kita, pasti kita terdetik mohon pada Allah untuk ubah kita. kan?


Fitrah setiap manusia untuk berubah
walau jahat nakal sosial manapun seseorang itu. termasuk la diri sy sendiri .Kita boleh ada sifat benci tapi bukan pada seseorang yang kita nampak dia buat kesilapan.
Benci pada dosa yang dia lakukan.
Sedangkan dulu kita tak sedar, kita juga seperti dia.
Malah mungkin lagi teruk dari dia.
Hanya kerana kita baru berhijrah atau rasa diri itu dah alim, kita rasa dah bagus.
Anggap seseorang yang lakukan kesilapan itu mungkin cermim kepada diri kita dulu.

Nasihat. Jika tidak lalu dengan nasihat kita, mendoakan lah. Selemah lemah iman itu dalam menegur adalah dengan hati. Mencegah dari melakukan perkara itu dan mendoakan yang terbaik buat seseorang itu agar diberi keampunan atas kesalahannya dan diberi hidayah oleh Allah.

nauzubillahi minzalikk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan