jangan jadi bodoh
kerana cukup la kau diperbodohkan
sembang kemas
diatur bicara2 lunak jiwa
sehingga kau lupa
bicara itu umpama
menjadi duri dalam daging kau
jangan jadi bodoh
perilakunya dilakonkan cukup rapi
sehingga mampu menjadi pelakon terbaik
mengapa perlu tewas dgn airmata yg palsu?
mengapa dulunya kau gagah utk menundukkan pandangan?
mengapa pula sekarang kau mudah ditewaskan dgn kata nista?
jangan jadi bodoh
sbb kau bukan bodoh
yang bodoh itu sebenarnya ialah orang memperbodohkan ko
tanpa memikirkan kemudian hari bahawa
dia adalah orang yang rugi
apa kau bangga menjadi seperti 1 titian utk dia melintasi sungai?
apa kau bangga menjadi udara utk dia bernafas?
apa kau bangga menjadi kipas angin ketika dia kepanasan?
ye, kebodohan kau adalah utk dia jika dia berakal.
tapi adakah kebodohan dia utk memperbodohkan kau
itu dinamakan
"memperbodohkan kau supaya dirinya trasa menang/nampak menang?"
kau sabar walau kelihatan bodoh
itu tidak apa.
kerana ada solusi keluar dr semua ini
emosi yang perlu kau buang,
marah
dendam
menyalahkan orang
benci orang
fikir negatif
tindakan negatif
buang semua ni jauh2.
betulkan diri sebelum betulkan orang
jika kau selama ini terasa diperbodohkan
maafkan sahaja , malah doakan baik2 kepada dia
jangan mengutuk dan jangan membenci dia.
kerana tidak sempurna iman seseorang jika
ia tidak mengasihi saudara2 seagamanya
kerana itu juga
kata2 itu doa dan doa itu akan berpantul kepada kau.
itu janji allah.
kata2 baik akan dihadamkan sebagai perkara baik.
katakan kepada hati kau
"selamat tinggal kepada alasan yang bodoh itu"
dan inshallah semua akan tenang.
jangan lagi jadi bodoh..
kerana
nama kau ialah HAKIM yg bermaksud bijaksana.
senyumlah... kerana kau layak utk memberikan senyuman.
kerana disebalik senyuman itu tersingkap seribu kekuatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan