mengapa aku tidak mampu selindungkan bila terdetik soal-soal hati?
maka ku beratkan fikiran sendiri
sedangkan aku tahu bila banyak berfikir itu hasutan syaitan...
mengapa tidak ku diamkan sahaja perkara yg dihajati?
maka ku beratkan lg hati memikul beban
sedangkan aku tahu bila tak mampu ku gapai , aku akan bersedih
mengapa aku masih mahu mendekati keluarganya ?
maka ku tebalkan muka seolah meraih simpati
sedangkan aku tahu ,walaupun niat baik tp allah lebih mengetahui
mengapa hati masih mahu memilihnya ?
maka aku mengambil lagi sebuah risiko
sedangkan aku sedar , beza umpama langit dan bumi
mengapa aku masih berdegil tetap mahu memperisterikannya?
maka ku pinta berikan sedikit masa melakukan persediaan
sedangkan aku tahu bukan semudah ABC123
mengapa aku hanya 'memandangnya' dan tidak kpd wanita lain?
maka ku tepis segala dugaan dan tundukkan pandangan
sedangkan aku tahu kemampuan mata jahilku
mengapa terus mencuba dan mencuba?
maka empunya diri ini terpaksa 'bekerja keras'
sedangkan aku merasa kesakitan terbeban dek besengkang mata
jadi , mahu apa ku lakukan dengan hati ini?
tiada jawapan lain selain berserah kepada allah.
tiada sangsi , tiada dusta , tiada duniawi
hanya kepada allah. kerana allah tidak pernah putus menyintai hambanya.
ku berserah ..
ya rabb.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan