aku takut andai jatuh sekali lg
fobia akan kehilangan
namun kuserahkan hati ini kepada allah
yg berniat dalam diam bahawasanya
aku bersama kamu sepanjang hayatku
tangga demi tangga
ku berusaha menggapai hatimu
namum terkadang aku terlupa
hati manusia yg kerdil ini adalah milikNYA
aku tertarik dgn sifat keperibadianmu
cara interaksi kamu
cara kamu menasihati aku
cara kamu yg tak pernah bosan
mendengar keluhan2 ku suatu masa dulu
kamu tarik aku supaya bangkit
kamu kejutkan aku dr lena duniawi
kamu ajarkan aku perilaku kebaikan
semua itu aku hargai dan aku simpan
kerana ianya satu kebaikan
namun
mungkin masih terlalu jauh lagi perjalanan ini,
masih byk simpang2 yg bakal dilalui.
aku takut akan tersesat lg
dlm mengharungi simpang2 itu...
dan sbb itu aku mahu kamu
"menemani" hidup ku
menjadi pelengkap ku ,
dan menjadi pembantu ku
agar dpt kita mengorak langkah bersama ke syurgaNYA
dan dgn izinNYA
jika ,
kamu mengerti sebuah pengharapan dr seorg hambaNYA ini
aku harap hati kamu juga begitu.
jika ,
kamu mengerti maksud tersirat ini
aku harap kamu juga begitu
jika,
allah izinkan takdir kita bersama
aku redha , aku harap kamu juga begitu
aku mahu merasai saat pertama kamu menjadi makmumku
manakala aku pula imammu didalam satu yg sama
sujud yg sama
ruku' yg sama
niat yg sama
dalam diam aku menyimpan seribu rasa terhadap kamu
serikandi kg chemomoi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan