Ahad, 27 September 2015

negatif



ku lihat cantiknya pelangi
namun ku tak bisa menggapainya
aku perlu semak semula kemampuan aku
luaran dan dalaman
mengapa masih memilih jalan itu ?
sedangkan ku tahu ianya membawa kepada kekecewaan

"walau ku bahagia mengejar bayanganmu ,
    tak mungkin ku beroleh saat indah bersama mu"

mungkin ada benarnya petikan lirik lagu ni
lebih baik tanamkan dalam diri sifat menilai kemampuan sendiri
dari terus mengejar sesuatu yg tidak pasti
jika putih , putih la ia
jika hitam , maka hitam la ia
jika negatif , negatif la ia
jika positif maka teruskan

tp hasil jwpnnya negatif
maka aku perlu back to the zero
usaha arah perkara yang lagi penting
mungkin dia celaru
atau aku yang terlalu berlembut hati
mungkin dia memilih
atau aku sememangnya tak layak utk dirinya

ada dikhabarkan dia meletakkan harapan kepada org lain
knp tidak aku? sinisnya aku bertanya sebegitu..
maka suka diulangi kepada diri sendiri
semak semula kemampuan diri.
tidak perlu bersedih
kerana tidak terlambat.
sepatutnya aku gembira kerana mengetahui awal2 perkara ini
aku perlu tenang..
mental fizikal wajib kuat demi awis.
terbiasa dgn dugaan soal hati,
terbiasa susah ,
terbiasa menggalas bebanan
kerana allah bahawa hambanya ini mampu .

jadi apa perlu aku tunggu lagi
tercegat mahu meminta simpati?
menebal muka dan bakal meraih duka?
aku fikir aku juga layak mencari kebahagiaan hakiki
dengan jalan2 allah yg aku rintis
bersama rakan seperjuangan.

aku tak mahu bebani dia lg dgn soalan2 yg agak berat
cukup la hanya sekadar kawan
atau tmpt aku merujuk soal2 agama
kerana dia pernah bantu aku bangkit
dalam kegembiraan , dalam kesedihan
dalam segala apa hal pun dia melayani utk aku berkongsi cerita
suka , duka , gelak tawa ...
semua dia pasti ada.
cuma kadang2 aku terlebih melayani perasaan.
aku manusia biasa tidak mampu menyekat perasaan itu

berdiam mungkin lebih bagus
atau hanya bersoal jawap hal2 yg lg penting
bukan kepada soal2 hati lg

aku kena ambil iktibar.
semasa kakak aku bujang..
kulihat mereka semua tak pernah bercerita soal cinta
jauh sekali bergosip mengenai bakal suami masing2
mereka diam..
tetau nak kawin dah. 1 family terkejut tp relakan kerana kejalan halal
mengapa aku tidak seperti mereka? hmmm

allah tahu mengapa allah mengambil nurul azua ..
kerana pasti ada hikmahnya utk hambanya ini.
cuma masa akan beri jawapan.
ku harus yakin , tawakal , berdoa dan jalani sahaja hidup sebagai hambanya dimuka bumi ini.
kerana suatu hari pasti dapat ku gapai pelangi itu.

Walaupun dah menyayanginya
Walaupun dah jatuh cinta pandang pertama
Tiada guna jika bertepuk sebelah tangan

selamat malam dunia.
hati ini mahu berehat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan