Renungan
Adakah Tuhan takkan offer kau Syurga walaupun kau dah buat macam-macam perkara yang Dia tak suka? Jawab soalan ni dalam hati.
Selagi nyawa kau tak sampai lagi di halkum, selagi itulah tawaran syurga masih terbuka untuk kau. Selagi pintu taubat belum tertutup rapat. Selagi langit tak runtuh, selagi tawaran Syurga masih berdiri gah.
Adakah kau sezalim ibu yang membuang anaknya sendiri? Sekejam bapa yang merogol anaknya sendiri.
Adakah kau sejahat-jahat manusia di atas muka bumi ini?
Sekali pun kau begitu, jalan kembali sentiasa terbentang.
Kau tak teringin melihat Allah di akhirat?
Cuba bayangkan seandainya kau kembali pada Allah dalam keadaan kau berdosa SAAT ini.
Kau berjalan dalam keadaan tempang dan cacat cela di hadapan Tuhan. Sedangkan Dia adalah Kekasih yang paling setia bersama kau sedari kau belum dilahirkan ke dunia hinggalah saat kau dikembalikan ke sisi-Nya.
Adakah kau fikir Allah akan gembira melihat keadaan kau yang hina dina masa itu?
Atau Rasulullah saw akan tersenyum riang tanpa tangisan saat kau dihisab di depan Tuhan dengan dosa kau ini?
Kau bayangkan Dia dah buka pun pintu Syurga untuk hambaNya sebenarnya. Kau dipersilakan pun masuk. Tapi, mengapa kau pilih untuk terjun ke lembah Jahannam? Gaung neraka yang paling dalam?
Allah mahu transformasi diri kau ke bentuk yang paling sempurna dan indah dalam Syurga. Tapi mengapa kau pilih untuk melumat-lumatkan diri hingga hancur luluh daging dan kulit, tulang berkecai hanya dengan menapakkan kaki ke dalam api neraka?
Kau tergamak ke, melihat Rasulullah saw bercucuran air mata baginda semata melihat ummatnya dihumban ke dalam api neraka?
Betapa kau gagal menghargai setiap pengorbanan baginda saw selama ini untuk agama kau. Untuk agama maksudnya untuk kau! Agama itu ada dalam fitrah kau sebagai manusia.
Rasulullah saw tak tidur malam menangis berdoa moga Allah selamatkan ummatnya. Namun kau sebagai ummatnya mengabaikan segala doa Nabi saw.. Kau bayangkan saja seorang ibu yang menangis teresak esak hingga bengkak bengkak matanya hanya supaya anaknya yang sakit kritikal disembuh kembali. Kau ibarat pesakit kanser tahap akhir, ibu sedang berdoa di rumah sambil menangis. Sanggup ke kau melihat ibu kau sedemikian rupa? Merintih merayu, namun kau masih teguh berdiri dengan kejahatan, keegoan, kedegilan dan kemaksiatan begitu?
Betul...
Kita tak mampu buat semua orang sukakan kita. Tak boleh pun. Sosok peribadi mulia Nabi Muhammad saw sendiri yang tidak pernah berbuat jahat atau menyusahkan orang lain pun dibenci orang juga. Apatah lagi kau yang berkelakuan sebaliknya.
Hidup di dunia jangan mahu orang suka. Usah berkeinginan orang cinta.
Kau abaikan semua itu. Kau buat sampai Allah cinta! Bila Allah cinta, dunia ini hanya picisan semata.
Kau tanyalah hati kecil kau.....
'Sampai bila aku nak begini?'
'Sampai bila aku nak berperangai macam ni? Nak lawan siapa sebenarnya?'
Dia ciptakan kau untuk menjadi hambaNya, bukan untuk menjadi Tuhan kepadaNya!
Qul huwallahu ahad. Allahussomad.
Maksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): "Tuhanku ialah Allah Yang Maha Esa; Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat."
Wallahualam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan