Selasa, 15 Disember 2015

Kadang kadang sy juga terlupa

Kadang-kadang..
Allah bagi hambaNya tertekan, stress dan ujian supaya
hambaNya kembali merintih dan merayu padaNya.
Mungkin hati kita dah lama kosong. Allah nak kita isi
hati semula dengan Quran, zikir, tahajud, doa dan
segala amal.
Tapi kadang kita lupa, Allah nak kita buat lebih lagi.
Buat amal, amal, amal, amal, amal... Sampai kita dapat
rasa kehangatan cinta dengan Allah.
Dapat menangis, rintih, tunduk dan sujud. Itulah yang
sangat nikmat bagi orang beriman.
Dan, kadang kala benda tu kita akan rasa nak buat
sungguh2 bila Allah UJI dengan pelbagai aspek.
Wallahi...
Kalau kita tengah semangat dan gembira, kita mungkin
TAK BERAPA nak rasa untuk buat amal, doa menangis-
nangis. Tapi bila diuji, tertekan, stress, masa tu lah kita
akan sungguh2 jaga amal dan berdoa sampai menangis.
HARGAILAH DETIK fasa down ni. Hargai detik fasa
tengah stress dan tertekan. Sebab Allah nak bagi kita
kesedaran agar lebihkan SUJUD padaNya meminta
ampun dari dosa yang sengaja dan tak sengaja.
Wallahi...
Nikmat iman itu kadang akan rasa lebih manis tika kita
dan Allah berseorangan diri.
Kalau kita tengah stress, serabut dan tertekan, take
time. Rehat dan Iktikaf di masjis untuk beberapa hari.
IKTIKAF. Cari ketengan di masjid. Baca Quran banyak-
banyak dan zikir. Istighfar banyak2, selawat byk2. Ucap
syukur pada Allah banyak2...
Wallahi.
Kita akan rasa tenang. Kita akan tersenyum di saat air
mata kita berlinangan kerana Allah.
Selamat mencari ketenangan wahai kawan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan