Rabu, 26 Ogos 2015

jangan jadi bodoh

jangan jadi bodoh
kerana cukup la kau diperbodohkan
sembang kemas
diatur bicara2 lunak jiwa
sehingga kau lupa
bicara itu umpama
menjadi duri dalam daging kau

jangan jadi bodoh
perilakunya dilakonkan cukup rapi
sehingga mampu menjadi pelakon terbaik
mengapa perlu tewas dgn airmata yg palsu?
mengapa dulunya kau gagah utk menundukkan pandangan?
mengapa pula sekarang kau mudah ditewaskan dgn kata nista?

jangan jadi bodoh
sbb kau bukan bodoh
yang bodoh itu sebenarnya ialah orang memperbodohkan ko
tanpa memikirkan kemudian hari bahawa
dia adalah orang yang rugi
apa kau bangga menjadi seperti 1 titian utk dia melintasi sungai?
apa kau bangga menjadi udara utk dia bernafas?
apa kau bangga menjadi kipas angin ketika dia kepanasan?

ye, kebodohan kau adalah utk dia jika dia berakal.
tapi adakah kebodohan dia utk memperbodohkan kau
itu dinamakan
"memperbodohkan kau supaya dirinya trasa menang/nampak menang?"

kau sabar walau kelihatan bodoh
itu tidak apa.
kerana ada solusi keluar dr semua ini
emosi yang perlu kau buang,
marah
dendam
menyalahkan orang
benci orang
fikir negatif
tindakan negatif
buang semua ni jauh2.

betulkan diri sebelum betulkan orang
jika kau selama ini terasa diperbodohkan
maafkan sahaja , malah doakan baik2 kepada dia
jangan mengutuk dan jangan membenci dia.
kerana tidak sempurna iman seseorang jika
ia tidak mengasihi saudara2 seagamanya

kerana itu juga
kata2 itu doa dan doa itu akan berpantul kepada kau.
itu janji allah.
kata2 baik akan dihadamkan sebagai perkara baik.


katakan kepada hati kau
"selamat tinggal kepada alasan yang bodoh itu"
dan inshallah semua akan tenang.



jangan lagi jadi bodoh..
kerana
nama kau ialah HAKIM yg bermaksud bijaksana.
senyumlah... kerana kau layak utk memberikan senyuman.
kerana disebalik senyuman itu tersingkap seribu kekuatan.

Isnin, 24 Ogos 2015

kata kata itu doa.



"Tak pernah ku merasai , bibir terkunci jiwa bergelora rasa tak percaya 
  Adakah ku bermimpi , mimpi disiang hari ? 
  Dirimu telah lama ku nantikan 
  Wajah yg bermain dimimpiku"


'Mungkinkah akan terjadi' katanya
Aku gelak bersulam hati yg berbunga

'Dirimu aku miliki' balasku
Kemudian aku cover malu
Mengatakan ianya hanya lirik lagu

Masing2 sengih rasanya masa tu.
Hebatnya penangan sebuah lirik.
Simple tp boleh dijadikan tajuk bualan.
Andai ada rezeki , akan ku dendangkan dihadapannya

Maka ber hu hu hu la aku.
Selamat malam bunga hati


pengakhiran yg baik ,insyallah

keterbukaan memakan diri
janji ditaburi
tidak apa
hanya mampu bersabar
senyuman di iringi kata nista
diberikan angin syurga
pengharapan sekadar hiburan hati

terlalu menguji
berat dipikul bebanan
berjalan tunduk
tak nampak haluan dihadapan
hanya mengikut rentak langkah
untung tersepak batu
untung terjumpa emas
untung jatuh tersemban
untung ada pohon berteduh

dibelakang memori luka
dihadapan tak tahu apa bakal berlaku
redha , hanya ia kan sahaja

ditinggalkan parut luka
tanpa ada sisa harapan untuk sembuh
perlahan rawat diri
dengan sujud dan doa
sebagaimana hujan membasahi bumi
begitu juga airmata ini jatuh disehelai sejadah yg suci

menyesali keterlanjuran diri
disemai seribu tafsir bahasa
dimanjakan
dibalik senyuman
dipertontonkan kepalsuan
digilai dek nafsu yg menggila

lantas

jatuh tersadung ..

mahu bangkit
menongkah arus deras
yakin semangat
pasti akan ada pengakhiran yang baik
dimana segalanya akan senyum memandangkan ku.
suatu hari , insyallah.




Jumaat, 21 Ogos 2015

hati


"Mati hati mati jiwa kurasaaaaa tanpamu
  Separuh nafasku tak berdaya , ku lumpuh tanpamu"
                                                                                    -ezad-


setiap manusia pasti ada kelemahan
dan kelemahan ketara pada diri ni

hati terlalu cpt bebolak balik
hati terlalu mudah utk memberi
sebuah hati dan perasaan kepada org lain.

empunya hati
empunya akal
kadang sehaluan
kadang tidak

tetapi
mengapa mesti hati yg mendahului....

akal hanya diperlukan bila
hati sudah kalah
jatuh terluka
dan kemudian menyesali
namun akal tidak menyalah kan hati.
walaupun terkadang akal dan hati tidak sehaluan.

suka diingatkan hati milik pecipta
kerana hati juga dihuni
oleh sang penghasut kejalan neraka
dari hati juga terjadi zina
zina hati paling ditakuti.

dengki
besangka buruk
tidak bersyukur
ini semua zina hati

jika menyintai sesuatu
bukan niat kerana allah
ia juga boleh dikategorikan zina hati.
sekadar peringatan kepada hati ini
yg dahulunya mudah rapuh

duhai hati ,
berehat la dari keinginan duniawi
bercinta dgn alquran
penawar paling mujarab utk hati.



Khamis, 20 Ogos 2015

kekuatan sejati

Ketika kehidupan tidak kamu lalui dengan penuh kesungguhan,
maka kamu akan melaluinya dengan penuh kelemahan.

Syukurilah kesulitan.
Kerana terkadang kesulitan itu
membawa kita semua kepada hasil yang lebih baik dari apa yang kita bayangkan.


Setiap masalah ada jalan keluarnya.
Kamu mungkin tak melihatnya,
namun allah tahu jalan keluarnya
Yakin dan percayalah padaNya.

Jangan berhenti berusaha ketika menemui kegagalan. Kerana kegagalan adalah cara allah mengajar kita tentang erti kesungguhan.

Ketika kamu telah melakukan sesuatu usaha kemudian menemui jalan kegagalan maka kegagalan itu bukan seseuatu yang harus disesalkan.Jadikanlah pelajaran
Menyerahkan semua kepadaNya adalah perkara mudah untuk dilakukan. Namun tuk terus bertahan ketika semua orang mengerti jika kamu telah menyerahkan kepadaNYA , itu KEKUATAN SEJATI.


Seberat apapun beban masalah yang kamu hadapi waktu ini,
percayalah bahawa semua itu tak pernah melebihi batas kemampuan kamu.


Kamu tak kan boleh mendapatkan yang kamu inginkan jika kamu terlalu sibuk mengeluhkan apa yang telah kamu miliki.

maka....
Bersyukurlah!
Jangan mengeluh tentang masalah
kerana allah mempunyai tujuan tuk perjuanganmu saat ini.
Pelajarilah apa yang hendak allah ajarkan.





Jangan pernah mengeluh atas kekuranganmu
kerana kekurangan itu mengingatkanmu untuk terus mencari kekuatan yg ada dalam dirimu.
Kegagalan adalah cara allah mengajar kamu tentang
pantang menyerah,
kesabaran,
kerja keras
dan percaya diri.

Jangan menyerah atas perkara
yg kamu anggap yakin meskipun terlihat mustahil.


dimana ada kemahuan , allah akan berikan jalan
Jangan jadikan kesilapan lalu sebagai sebuah alasan
kerana ia akan menjadi motivasi tuk terus melangkah ke depan.


Yg membezakan diantara orang yg menang dan kalah ialah bagaimana seseorang itu menghadapai dgn redha setiap perubahan Takdir dr ALLAH

(berkata-kata dengan diri sendiri)

tiada terbela



sanggupkah kita melihat anak bangsa terus dicerca
dan mahukah engkau berdiam saja bila tanah ini dijajah

terasing dibumi sendiri ,bangsa pendatang menguasai
 hentikan imigrasi dan dimana solusi?
 
berat mata kita memandang , anak bangsa tiada terbela
kita hanya mampu agungkan sejarah bangsa yang di telan masa


perjuangan dan pengorbanan demi pertahan keadilan (bangsa)
pemerintahan rakus berkuasa diabaikan hak bangsa


jgn diletakkan harga nilainya
jgn digadai , pada pembelot bangsa
tanah ini tempat tumpah darah kita
tiada tempat utk berlengah
ini rumah kita....
 
hapuskan dan hentikan , imigrasi yg berleluasa
bermaharajalela pendatang menguasai bumi kita



berat mata kita memandang , bila anak bangsa tiada terbela
kita hanya mampu agungkan sejarah bangsa yang di telan masa
maka bangkit dan bantu sesama .. tiada kasta diantara kita


(Lirik boot axe)

hati ku tertinggal di kg chemomoi

aku takut andai jatuh sekali lg
fobia akan kehilangan

namun kuserahkan hati ini kepada allah
yg berniat dalam diam bahawasanya
aku bersama kamu sepanjang hayatku

tangga demi tangga
ku berusaha menggapai hatimu
namum terkadang aku terlupa
hati manusia yg kerdil ini adalah milikNYA

aku tertarik dgn sifat keperibadianmu
cara interaksi kamu
cara kamu menasihati aku
cara kamu yg tak pernah bosan
mendengar keluhan2 ku suatu masa dulu

kamu tarik aku supaya bangkit
kamu kejutkan aku dr lena duniawi
kamu ajarkan aku perilaku kebaikan
semua itu aku hargai dan aku simpan
kerana ianya satu kebaikan

namun
mungkin masih terlalu jauh lagi perjalanan ini,
masih byk simpang2 yg bakal dilalui.
aku takut akan tersesat lg
dlm mengharungi simpang2 itu...
dan sbb itu aku mahu kamu
"menemani" hidup ku
menjadi pelengkap ku ,
 dan menjadi pembantu ku
agar dpt kita mengorak langkah bersama ke syurgaNYA

dan dgn izinNYA

jika ,
 kamu mengerti sebuah pengharapan dr seorg hambaNYA ini
aku harap hati kamu juga begitu.

jika ,
kamu mengerti maksud tersirat ini
aku harap kamu juga begitu

jika,
allah izinkan takdir kita bersama
aku redha , aku harap kamu juga begitu


aku mahu merasai saat pertama kamu menjadi makmumku
manakala aku pula imammu didalam satu yg sama
sujud yg sama
ruku' yg sama
niat yg sama

dalam diam aku menyimpan seribu rasa terhadap kamu
serikandi kg chemomoi






Selasa, 18 Ogos 2015

cahaya

Mencari kesufian abadi . Mencari jalan allah

Terlalu memeluk duniawi 
Kau bakal ditinggalkan sendiri diruang sepi.
Andai akhirat dikejar
Akhirat datang memeluk diri.

Jangan berkata hidayah belum datang
Pergi cari...
perlahan-lahan , merangkak lagi
Itu tidak apa..daripada langsung tidak berusaha.

Diperlekeh
Dipandang sinis
Dipulaukan
Dihentak suara-suara sumbang
Itu tidak apa
Kerana sang empunya suara-suara ini 
Bakal merangkak dikemudian hari meminta simpati mu

Maafkan sahaja suara itu
Tekadkan hati kepadaNYA
disetiap detik saat niatkan kerana allah
Dia maha penghapus dosa seisi bumi

Jika kau boleh membezakan warna hitam dan  putih
Mengapa dan mengapa ..kau tidak dapat membezakan dosa dan pahala?
Sejarah lalu biar dalam lipatan memori 
Kemas disimpan, disusun dan dipendamkan.
Mohon doa kepada allah dan diampunkan segala
Dosa besar dan kecil

wahai atiqurhakim bin nasarudin
Biar diuji
Biar dicaci
Biar masih merangkak lagi
Tekadkan 
Kuatkan iman
Berubah itu mudah
Mempertahankan perubahan itu sedikit mencabar.
Ajarkan puteramu ilmu agama.
Didik dia sebaik namanya 
Muhammad darwish = muhammad yang warak
Mendidiknya berseorangan tidak apa
Jika ada yang mahu melengkapi dan membantumu mendidiknya
Terima sahaja SERIKANDI itu
Jika tiada , tidak mengapa allah kan ada.
Biar berat bahu memikul kerana kau sudah terbiasa
Biar pernah rebah kerana dirimu masih ada kesungguhan
Biar kekuatan serta kecekalan mu sentiasa dalam genggaman
Bair dunia menyingkirmu tapi akhirat memelukmu

Dan

Biar hati berkata , niatkan semua kerana allah.






comeback

Assalamualaikum wbt 


Bismillahirrahmannirrahim.. hehe kembali jua akhirnya utk aku menulis . 
Apa2 yg terbuku akan aku luahkan semuanya disini. Pernah lama dulu menulis didalm fanzine2 , blog tp semuanya hilang entah kemana. Tiada satu pun dalam simpanan . 


Biarlah menjadi memori indah 
Moving forward bak kata iklan toyota keh33

Buat masa skrg , aku tatau nak tulis apa.. 
Nnt la .. inshallah.