Selasa, 22 Disember 2015

Terkesima diri ini

"Beberapa hari ni, sy sibuk dgn something. Habiskan masa dgn bacaan."



"Dah berhenti merokok? Keke."



"insya Allah. Setiap manusia ada dugaan masing2.Satu je, bkn berapa byk kali buat dosa atau terlalai tu yg dikira, tp berapa byk kali kita muhasabah diri dan bertaubat. Itu je."



"Refresh balik amalan."




"Semoga tabah terus bersama. ✌🏻"

Notakaki : please , jgn curi hati saya 


Isnin, 21 Disember 2015

Relationship goal?

trend di media sosial ttg relationship goal.

hermm.. sbnrnya aku sudah penat.
hanya memerhati 'kebahagiaan' mereka.
baik yg berkahwin atau belum..
aku beristifar panjang.

terdetik dalam hati
"allah sudah tetapkan jalan utk aku"

aku byk terpengaruh dgn duniawi.
hendak saja kularikan diri.
mungkin kebetulan fesbuk aku dibanned sementara,buatkan aku rasa 'tenang' sekejap

buka pula twitter ..pun sama
relationship goal..
allahuu.. aku terfikir lagi
mengapa perlu jealous dgn hubungan sesama manusia?
tp aku juga ingin seperti mereka.
bahagia dan sebagainya.

aku teringat kisah2 bermula cinta antara aku dan arwah nurul. hanya kenal 3bulan terus berkahwin.(alfatihah)
tp itu dulu.

nowadays .. sekeliling aku terjadi benda2 ni. aku jadi takut utk melihat . perkara2 maksiat, arak dan sewaktu dgnnya.
aku jadi menggigil bila 'terdedah' kepada perkara2 ni.

taktahu mengapa..hendak saja ku lari dari kota tapi mengapa masih aku berdiri disini.

semakin lama duduk disini.
semakin banyak ku lihat
yg cantik
yg kaya
yg berada
yg sosial
yg seksi
yg yg yg yg ... tak terkata lg

ya ! aku sedang diuji.
dan waktu2 sebegini juga
ada yg tiba2 menaruh hati...
bukan 1,2 tp 3 haha.

kedengaran agak janggal
tp ini realiti yg aku hadapi.
aku tepis perlahan2 kerana aku tahu
ini dugaan.

dugaan utk ku luruskan niat .
aku tau bagaimana rasanya dipermainkan
sakit bukan kepalang.
hanya allah yg tahu..

bila dikhianati itu pedih
kerana dtgnya dari pengkhianat
yg mengkhianati sebuah niat hati.
cewaahhh haha...

tp seriously.. ianya kifarah
berpantul
karma
seolah bercakap depan cermin.

dan berbalik kepada tajuk..
aku terfikir, masing2 berlumba utk
menayang relationship goal mereka.
aku taktahu apa hebatnya..
mgkin kerana hati yg 'agak selamba'
acuh x acuh
acah-acah buat tak endah
tp fikiran aku melayang ke situ..
haha annoying bukan?
its me.. itu la yg aku fikirkan.
'berlawan' dgn fikiran sendiri.
hati kata ya , akal kata tidak..

hmmmm

hampir masuk tahun baru 2016.
maka ada tempoh 7bulan lg
utk mengejar misi.
apa seterusnya ? aku pun tidak tahu.
semoga dipermudahkan....
insyallah aaammiiinnn

dan terkadang...
aku cuba menyelami hatinya
dia tidak memberi apa2 harapan
mahupun dlm berkata cinta

TIADA

yg ada hanya sebuah ayat
"pengharapan terhadap pernikahan"
terlalu dalam utk aku tafsir
dan jawapan kepada persoalan ini
usaha,doa serta tawakal.

dia tidak mahukan relationship goal
selagi aku bergelar ajnabi.
kerana aku juga sedar
ada hikmah tersirat.....

geli hati bila terdetik
"kau desperate ker hakim"?
hahaha

well its me
soal hati paling rumit utk di adaptasi
terlalu kompleks utk dihuraikan
biarlah allah swt tentukan.
kita hambanya..
kerana sudah tertulis.

'pergilah jauh mana pun , jika sememangnya ia sudah tertulis utkmu maka itulah destinasimu'

selamat malam dunia







Selasa, 15 Disember 2015

Kadang kadang sy juga terlupa

Kadang-kadang..
Allah bagi hambaNya tertekan, stress dan ujian supaya
hambaNya kembali merintih dan merayu padaNya.
Mungkin hati kita dah lama kosong. Allah nak kita isi
hati semula dengan Quran, zikir, tahajud, doa dan
segala amal.
Tapi kadang kita lupa, Allah nak kita buat lebih lagi.
Buat amal, amal, amal, amal, amal... Sampai kita dapat
rasa kehangatan cinta dengan Allah.
Dapat menangis, rintih, tunduk dan sujud. Itulah yang
sangat nikmat bagi orang beriman.
Dan, kadang kala benda tu kita akan rasa nak buat
sungguh2 bila Allah UJI dengan pelbagai aspek.
Wallahi...
Kalau kita tengah semangat dan gembira, kita mungkin
TAK BERAPA nak rasa untuk buat amal, doa menangis-
nangis. Tapi bila diuji, tertekan, stress, masa tu lah kita
akan sungguh2 jaga amal dan berdoa sampai menangis.
HARGAILAH DETIK fasa down ni. Hargai detik fasa
tengah stress dan tertekan. Sebab Allah nak bagi kita
kesedaran agar lebihkan SUJUD padaNya meminta
ampun dari dosa yang sengaja dan tak sengaja.
Wallahi...
Nikmat iman itu kadang akan rasa lebih manis tika kita
dan Allah berseorangan diri.
Kalau kita tengah stress, serabut dan tertekan, take
time. Rehat dan Iktikaf di masjis untuk beberapa hari.
IKTIKAF. Cari ketengan di masjid. Baca Quran banyak-
banyak dan zikir. Istighfar banyak2, selawat byk2. Ucap
syukur pada Allah banyak2...
Wallahi.
Kita akan rasa tenang. Kita akan tersenyum di saat air
mata kita berlinangan kerana Allah.
Selamat mencari ketenangan wahai kawan

Kelahiran nabi muhammad s.a.w

Bila aku tak suka pada rasa makananku
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar

Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya

Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya

Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain ..
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya

Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku

Bilaa aku kecewa pada mereka yg banyak menyakiti aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa memaafkan sesiapa shj yg berbuat jahat padanya

Bila aku berfikir tentang mereka yg membenci aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghina nya

Bila orang lain tidak berterima kasih pada tiap kebaikan yang aku lakukan pada mereka, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yg hebat hanya dari Allah SWT

Bila tiada siapa menyayangi aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu

Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku..
aku teringat pada Baginda
Muhammad ﷺ
yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yg dicintai & dan itu bagai cas positif yang menguatkan aku !

Assalamualaika ya Rasulullah

Assalamualaika ya habiballah


Selawat dan salam keatas baginda junjungan besar , contoh terbaik sepanjang zaman . Sohibul Azman . Terima Kasih Ya Rasulullah untuk nikmat iman dan islam . Syafaatkan daku di akhirat nanti

Kerinduan padamu takkan pernah padam selamanya pada mu Ya Habiballah .

Selamat datang bulan kelahiran nabi  Muhammad s.a.w

اللهم صل على محمد وآل محمد

Sila amalkan

.

Sila amalkan ini.

✅ Maksud REZEKI
- kasih sayang
- kewangan
- kesihatan
- ibadah



✅ Lepas solat sedekahkan Al-Fatihah pada mak ayah.. Call mak setiap hari.. Mintak maaf dgn mak.. Mintak mak redha dgn apa yg kita buat..

✅ Nak rezeki melimpah ruah.. Bukak tabung-tabung berikut:
1. Tabung Zakat
2. Tabung Sedekah
3. Tabung Wakaf
4. Tabung Infak

**pergi pejabat zakat berdekatan.. Tanya terus dengan dorg camne nk bukak tabung2 nie**

✅ Ramai yg sebok jaga rezeki dengan orang tapi LUPA & TAK JAGA hubungan dengan PEMBERI REZEKI (ALLAH SWT)

AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG WAJIB BUAT

1⃣ Solat awal waktu
Lelaki - 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ade kat masjid!

2⃣ Solat Dhuha
- eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain
- Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila)
- Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuma tambah jadi 4, 6 & 8.. Ikut kemampuan.. Setiap 2 rakaat kena bg salam..



3⃣ Tahajjud
- buat 7 hari berturut-turut kemudian dah biasa.. Buat secara konsisten
- Buat presentation dengan Allah di waktu 1 per tiga malam.. Cerita plan marketing pada Allah terus! Kalau cerita pada manusia..kalau orang taknak kita akan frush kecewa! Tapi present plan pada Allah..kita takkan rasa kecewa.. Merengek merintih pada Allah apa yg kita nak.. Apa yg kita impikan.. Apa yg kita nak capai dlm hidup! Biar jelas.. Kalau nak jadi jutawan..doa nak jadi jutawan berkat tahun ni..
- Mintak semua pada Allah.. Nak pakai Ferrari.. Nak ada RM10juta dalam akaun bank dalam masa 2 tahun.. Nak hantar maka ayah pergi umrah tahun ini.. Nak beli rumah bunglo.. Impian kena jelas! Mintak semua pada Allah.. Mintak yg besar2 terus sebab Allah maha kaya maha pemurah!

✅ Belajar berlapang dada.. Redha dengan setiap masalah & ujian yg Allah bagi.. Contoh ada orang hutang kita bertahun2 tak bayar.. Redha kan semua tu.. Belajar redha.. Sbb ade sorang peserta tu adik dia pinjam 98ribu dah bertahun2 tak bayar..pastu dia belajar redha.. Tak sampai seminggu Allah balas balik dia berjaya jual tanah bernilai RM340,000 yg 10 tahun lepas punya kes..

4⃣ Sedekah
- beri sedekah dengan perasaan.. Contohnya,

Ya Allah asbab aku memberi ni aku dapat jadi jutawan (semasa nak sedekah tu niat mcm ni dgn penuh perasaan)

✅ Buat TABUNG SUBUH
- Masukkan duit setiap hari selepas subuh.. Masukkan dgn penuh perasaan & doa pada Allah.. Cukup sebulan duit tabung tu keluarkan & sedekah pada masjid @ rumah kebajikan @ maahad tahfiz dll..

Formula YAKIN
1. Yakin
2. Yakin
3. Yakin
4. Yakin
5. Yakin
6. Yakin
7. Yakin
8. Yakin
9. Yakin
10. Doa
11. Usaha
12. Tawakkal

9 kali kena yakin!!

5⃣ Baca Al-Quran
- paling malas minimum 1 baris dengan terjemahan.. Buat setiap hari.. Jadikan amalan!
- Kalau bersedih.. Baca Quran.. Kalau sakit.. Baca Quran..

6⃣ Istighfar setiap hari
- baca zikir 'Ya Wahhab' je 100 kali setiap hari.. Lagi bagus setiap solat 100x.. Pastu up 1000x sampai la mampu buat 100,000 zikir..

7⃣ Jaga Wuduk setiap hari
- latih badan sentiasa ada wuduk.. Kalau masalah kentut.. Buat ikut kemampuan sampailah masalah kentut tu hilang.. Hehe! Contoh dlm wuduk pastu gi jumpa client.. Pasti terkentut.. Jangan la pi ambik wuduk plk.. Lepas dh jumpa client baru la ambik wuduk sbb masih dlm proses latihan.. Bg kelonggaran pada diri.. Jgn berubah secara drastik..

✅ Latih diri MEMBERI diwaktu tiada bukan bila dah KAYA!

TEKNIK NAK MEREDHAKAN SESUATU

Setiap kali lepas solat.. Pejam mata.. Pastu letak tangan kanan atas dada kiri.. Tarik nafas macam biasa.. Rasakan degup jantung kita.. Pastu bayangkan muka mak.. Mintak maaf pada mak jika ada salah..maafkan mak jika mak ada salah..mintak mak redha kan semua yg kita buat.. Pastu bygkan muka ayah.. Buat benda sama.. Pastu bygkan muka isteri.. Muka suami.. Muka anak2.. Maafkan semua orang..

Buat selama 7 hari! Subhanallah tunggu perubahan luarbiasa dari Allah..

Semoga bermanfaat dan dijadikan pengajaran untuk kita semua...

Salam maghrib...

Isnin, 14 Disember 2015

Semoga terus tabah bersama

menyanjung tinggi budi pekertimu
juga hiasan terindah dihati
yg senantiasa singgah dijiwa
melengkapi setiap saat bersama
walaupun hanya dialam maya

walaupun jauh
namun terasa dekat dihati
walaupun hanya sekali bersua
namun hati umpama magnet dan besi
entah apa buatkan diri tak keruan
hati juga kadang gundah
adakah ini cinta?

cinta tidak dapat ditafsirkan dengan kata kata
cinta dari jiwa dan hati berkata cinta
 iya.. SAYA SUDAH JATUH CINTA
namun x mampu meluahkan
mungkin belum masanya

terkadang ...
walaupun caramu seperti endah tak endah
sebenarnya mendidik baran supaya surut.
tidak mengapa jika seringkali seolah ditepis .
kerana keunikan yg ada padamu
menjadi tarikan kepada diri

bukan gila kerana cinta
tapi cinta itu adalah fitrah manusia

saat tidak dapat kulelapkan mata
hati beralun ombak penuh gelora
sabar menjadi kunci ketenangan
dalam menjalani sehingga tempoh syawal

firasat berkata

" akan ada lagi dugaan besar menanti dihadapan "

apakah ia ..saya sendiri tidak tahu.
tapi ianya ada.
bersedia awk, saya dan kita?
kerana bukankah kita selayaknya diuji dengan dugaan yang boleh kita hadapi?
yaa insyallah. boleh dengan izinNYA

dalam keadaan begini juga
saya sedari diri ini masih bergelar ajnabi
yg perlu dijarakkan

perlakukan apa pun..
diri ini tetap belajar erti kesabaran
kerana sabar itu iman.

jangan biarkan emosi menguasai diri
kerana terkadang pabila terlalu letih membanting tulang.
kubiarkan saja apa kehendakmu...
aku sentiasa 'tersenyum melihat celotehmu'
kerana itu mampu menghiburkanku

tidak mengapa , diri ini sudah terbiasa
hanya mahu beserah kepada allah swt

maaf jika sepanjang tempoh ini sy kelihatan seperti tidak sempurna
namun sy percaya allah maha mengetahui disetiap gerak geri hati kita..


kamu adalah kediaman indah hati ini
kerana kamu juga membuatkan rasa rindu ini memburu setiap waktu


semoga tabah terus bersama