Khamis, 27 Oktober 2016

pejamkan mata dan berdoa

andai engkau dpt rasakan denyut nadi ini pabila aku menatap wajah senyumanmu,
pastinya kau juga akan merasa tenang.

andai engkau dapat membaca fikiranku ini , pasti kau merasa hairan mengapa dirimu sahaja yg berada didalamnya.....

andai engkau dapat melihat hati ini kedasarnya pasti kau tak merasa risau tentang siapa bertakhta disanubari.kau akan tersenyum....

andai engkau dapat merasakan penat dan lelah ini yg tengah berusaha mendapatkanmu pasti engkau akan merasa bersyukur kerana kau begitu istimewa bagiku.

pejamkan mata dan berdoa ...
buka mata dan simpan aku dalam hatimu .kemudian senyumlah ....

kerana bahagia itu kita boleh cipta
semoga terus tabah bersama...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan