Selasa, 12 Januari 2016

2016..

2016

dengan nama allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani.


tahun baru 2016.
seperti tahun sebelumnya . aku hanya melewati tahun demi tahun kehidupan ini.
firstly, aku sedar ajal juga semakin mendekat . hanya allah swt yang tahu.

sesungguhnya bila kita ingat akan perihal kematian , kita akan jadi bersedia membawa bekalan keSANA.

TIADA YG LEBIH BERMAKNA , melainkan tahun ini aku mahu melihat awis khatam al-quran. dan bahawasanya aku sudah berniat utk melawat rumah anak2 yatim bila awis dah khatam nnt. INSYA ALLAH
aku mahu dia menjadi anak yg soleh sesuai dgn namanya muhammad darwish yakni muhammad yg warak.

terima kasih kepada saudari mika, kawan kepada arwah noon yg memberikan nama tersebut (darwish).

dan untuk tahun 2016 juga.
aku mahu menamatkan zaman 'bujang'.
aku nekad kerana ini jalan terbaik utk menjadi lebih baik ke jalan allah swt.
supaya aku mampu lari jauh dari perihal dosa2 lampau yg sering menghantui aku
maksiat  , zina  dan sebagainya didepan mata terlalu sarat ku lihat dalam kehidupanku sehari2. aku mahu lari dr semua ini tp tidak bermakna aku mahu membuang kawan dan aku masih hargai nilai sebuah persahabatan. harap semuanya berubah menjadi lebih baik.

ANDAI , diizinkan allah niatku semua ini. 90% aku rasa automatikli aku akan berubah. 10% hanya untuk muzik dan kawan2. muzik dan jiwa aku tak mampu dipisahkan .. mungkin hehehe.
tak salah berqasidah , hanya meluahkan sesuatu dlm bentuk irama. mana tahu boleh jadi dakwah pemuzik suatu hari nnt?  ALLAH MAHA BESAR.


hanya ini kuinginkan , ku impikan dan akan ku usahakan demi ke jalan yg satu.
perlahan2 ku gerakkan langkah tabah meninggalkan sisa2 sejarah kesakitan yg pernah aku lalui dahulu.

bila rewind balik, tak sangka aku sekuat  ini. tersenyum sendirian mengenang segala perit getir yg pernah aku lalui. aku faham, hikmah allah bagi ialah KEPUASAN DAN KELAPANGAN DADA hasil ujian dariNYA utk aku bekalkan kepada diriku dimasa hadapan tentang bagaimana hendak melalui sesuatu situasi getir itu nnt.

dan terakhir.
2016 ni aku masih tak faham apa mood wina sampai berhari2 krik krik krik..
pernah seminggu.. pernah 2minggu.

aku hanya biarkan dan bersangka baik.
mungkin dia tengah hadapi sesuatu masalah tanpa ingin aku mengetahui hal tersebut atau sememangnya 'angin' dia yg berubah2 kejap selatan kejap utara buatkan dia mendiamkan diri dari aku.
teringin juga hendak menyibuk hal dia tp takut pula aku yg kene marah nnt. takut juga keadaan jd lagi keruh..
siapa tahu.
kadangkala baik diam kerana diam itu juga suatu irama . kahkah...
aku rindukan wina , perbualan spontan di PPUM minggu lepas buat aku terpesona dgn caranya dan lemah lembut bicaranya walaupun berbual hanya 30min. rasa nak gugur jantung.

k bye selamat malam.